Ni tuk `seseorang'..dengan ingatan kita bukanla manusia perfect...mengharapkan sesuatu yang sempurna sedangkan kita pun tak sesempurna mana..
Manusia bahagia bila dia berupaya membuka mata
Untuk menyedari bahawa dia memiliki banyak perkara yang bererti…
Manusia akan bahagia bila dia mahu membuka mata hati..
Untuk menyedari betapa dia dicintai
Manusia akan bahagia bila dia berusaha membuka diri…
Agar orang lain mencintainya dengan setulus hati…
Manusia tak bahagia kerana tak mahu membuka hati…
Berusaha meraih yang tidak dapat diraih…
Memaksa untuk mendapatkan segala apa yang diinginkan..
Tak mahu menerima dan mensyukuri apa yang ada…
Manusia buta, kerana ego..dan hanya memikirkan diri sendiri..
Tak sedar bahawa dia begitu dicintai..tak sedar bahawa saat ini, apa yang ada adalah terbaik...
Sering berusaha untuk mencari yang lebih baik
Ada kawan yang mencintai..tapi tak diendahkan..
Kerana memilih , menilai dan menghakimi sendiri...
Memilih cinta dan mencari – cari
Sedangkan di depan mata ada cinta yang sejati
Telah memiliki segala yang terbaik namun tamak..
Ingin dirinya yang paling diperhatikan..paling disayang..
Dan mahu lebih perhatian..
Semua manusia memiliki peranan
Hebat dan nombor satu dalam satu –satu hal..
Tapi belum tentu dalam hal lain..
Dicintai oleh satu orang belum tentu dicintai oleh orang lain!
Kebahagian datang dari dalam diri sendiri..
Jika mengharapkan daripada orang lain..
Bersedialah untuk ditinggalkan..untuk dikhianati..
Kita akan bahagia bila....kita mampu menerima diri apa adanya..
Mencintai dan menghargai diri sendiri
Mahu mencintai orang lain
Dan mau menerima orang lain...
Percayalah kepada TUHAN dan bersyukurlah
Kepada-NYA
Bahawa kita selalu diberikan yang terbaik
Sesuai usaha kita
Tak perlu berkeras hati
DIA akan memberi di saat yang tepat apa yang kita perlukan..
Meskipun bukan hari ini , masih ada esok hari
Berusaha dan bahgialah kerana kita dicintai